Pilih Bahasa:

Program Peningkatan Ekonomi

Mengubah Hidup, Membina Masa Hadapan

Program Peningkatan Ekonomi Berimpak Tinggi (HIEDP)

Program Peningkatan Ekonomi Berimpak Tinggi (HIEDP) adalah inisiatif oleh TGNDF dan rakan strategik yang dirangka khas untuk mengubah kehidupan dan membina masa depan yang lebih cerah bagi komuniti yang memerlukan.

Dengan pendekatan secara hands-on sehingga 80% latihan praktikal dalam setiap program, kami memberi tumpuan kepada latihan berimpak tinggi yang benar-benar membawa perubahan. Kami percaya bahawa dengan membina ekosistem program latihan yang kukuh, kami dapat memacu pertumbuhan mampan dan mewujudkan komuniti yang lebih berdaya saing serta berdikari dan lestari.

Selari dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs), program berani ini adalah jawapan kepada isu kemiskinan dan ketidaksamaan ekonomi. Kami tidak sekadar ‘memberi ikan’, tapi membina budaya tangkap ikan yang mampan – disokong bantuan menyeluruh dan pemantauan berterusan. Keyakinan kami teguh: inisiatif ini akan jadi pemangkin perubahan besar, dengan impak terukur yang mengubah nasib komuniti secara holistik.

Program Yang Ditawarkan

Bidang kursus di bawah program THE HIGH IMPACT ECONOMIC DEVELOPMENT

Latihan TVET & Teknikal Berkualiti Tinggi

Setiap program dirangka dengan minimum 70% latihan praktikal bagi memastikan peserta benar-benar bersedia untuk dunia sebenar.

Teknikal Pembinaan

Kuasai kemahiran asas pembinaan dan teknik pengurusan projek binaan.

Teknikal Keusahawanan​

Fahami asas perniagaan dan bina pemikiran keusahawanan yang mantap.

Pembuatan Perabot

Hasilkan perabot berkualiti tinggi dengan kaedah pengeluaran terkini.

Reka Bentuk dan Fesyen

Tampilkan kreativiti melalui rekaan pakaian dan teknik fesyen yang moden.

Seni Kulinari

Pelajari kemahiran memasak profesional dan kepakaran dalam penyediaan makanan.

Pertanian Pintar

Gunakan teknologi moden untuk pertanian mampan dan berkesan.

Kesihatan dan Kecantikan

Berikan perkhidmatan penjagaan kesihatan dan kecantikan secara profesional.

Percetakan dan Pengiklanan

Cipta bahan pemasaran visual yang menarik dan produk bercetak yang berkualiti.

Asas Kontraktor dan Keusahawanan

Pelajari kemahiran asas dalam pengurusan perniagaan pembinaan.

Perakaunan

Kuasai asas perakaunan dan pengurusan rekod kewangan perniagaan.

Platform Digital

Fahami ekosistem digital dan cara menjalankan perniagaan dalam talian.

Teknologi Maklumat

Bangunkan kemahiran teknikal komputer dan kecekapan dalam perisian.

Keselamatan & Kesihatan

Amalkan piawaian keselamatan tempat kerja dan protokol kesihatan yang betul.

Dan Banyak Lagi

Pelbagai kursus tambahan mengikut permintaan dan keperluan pasaran semasa.

Keusahawanan & Penjanaan Pendapatan Komuniti

usahawan mikro

Menjadi usahawan mikro dalam komuniti mereka

Pendapatan

Menjana pendapatan dari rumah atau bengkel sendiri

Modal & Bimbingan

Mengakses modal permulaan & bimbingan perniagaan

Jaringan

Membina jaringan ekonomi tempatan

KELEBIHAN PROGRAM

Antara kelebihan Program Peningkatan Ekonomi Berimpak Tinggi (HIEDP)

EKOSISTEM HIEDP

Program Peningkatan Ekonomi Berimpak Tinggi (HIEDP) mewujudkan pertumbuhan komuniti yang mampan melalui latihan kemahiran, pemerkasaan digital dan akses pasaran, sekali gus memupuk kebergantungan kendiri dan kebebasan ekonomi.

1. Mendapatkan Kemahiran Teknikal / Non-Teknikal- 70%-80% Hands-on.
2. Mendapatkan Kemahiran Digital dan Ilmu Keusahawanan 70%-80% Hands-on.
3. Memujudkan Peluang Pekerjaan Bermula Komuniti Setempat.
4. Menggerakkan Perniagaan Peniaga-Peniaga Setempat. Mewujudkan rantaian ekonomi setempat.
5. Mengeluarkan diri daripada penerima bantuan dan menjadi penyumbang semua kepada yang memerlukan.

01

Transformasi Komuniti

Peserta berubah daripada penerima bantuan kepada penyumbang aktif yang membantu orang lain dan mewujudkan kitaran pembangunan yang berdikari dan mampan.

02

Latihan Digital & Keusahawanan


Pendidikan praktikal dalam kemahiran digital dan asas perniagaan, merangkumi pemasaran dalam talian dan prinsip keusahawanan.

03

Pekerjaan Tempatan

Graduan mencipta peluang pekerjaan dengan memulakan perniagaan atau menyertai perusahaan tempatan, seterusnya merancakkan aktiviti ekonomi komuniti.

04

Pembinaan Rangkaian Ekonomi

Perniagaan tempatan yang berkembang menghasilkan kesan berganda, memperkukuh perniagaan sedia ada dan menggalakkan penubuhan perniagaan baharu.

05

Pemerolehan Kemahiran

Latihan teknikal dan vokasional dengan 70–80% pembelajaran secara praktikal dalam bidang khusus seperti kerja pendawaian elektrik, pembinaan dan industri kreatif.

KISAH KEJAYAAN DARIPADA PESERTA PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN YANG DIANJURKAN

Setiap sen sumbangan menghidupkan harapan

Antara AKtiviti Dalam Program Peningkatan Ekonomi Berimpak Tinggi (HIEDP)

daftar sekarang

Bermula dari 16 tahun dan ke atas (tiada had umur). Anjuran dan tajaan penuh hasil sumbangan di bawah TGNDF. Semua peringkat umur boleh sertai dan ianya ditanggung 100% oleh penyumbang TABUNG PEMBANGUNAN KEMAHIRAN DAN EKONOMI

tEKAN BUTANG DIBAWAH DAN ISI MAKLUMAT ANDA

INGIN MENYUMBANG?

Jadi sebahagian dari program kami dengan menjadi penyumbang pada mereka yang memerlukan kemahiran