"Bina pusat latihan, Bina Masa Depan yang Memerlukan"
Code : TGN-TVETCENTRE
Sasaran kutipan : RM50 Juta (8-10 ekar tanah diperlukan)
Ramai belia dan golongan rentan - khususnya B40, asnaf dan remaja tercicir — menghadapi masa depan yang samar tanpa peluang pekerjaan. Mereka tidak lemah, hanya kurang Kemahiran dan pendedahan.
Kempen ini bertujuan membina dan melengkapkan pusat latihan TVET (Latihan Vokasional & Teknikal) yang menyediakan kursus praktikal seperti elektrik, penyaman udara, menjahit, bakeri, kemahiran digital dan pelbagai lagi Kemahiran yang boleh menjadikan peserta/pelajar sebagai penggerak ekonomi dimasa depan.
Dengan kemudahan lengkap, tenaga pengajar berpengalaman dan sokongan biasiswa, peserta dilatih untuk terus memasuki pasaran kerja atau memulakan perniagaan sendiri.
Setiap sumbangan anda menyumbang kepada pembinaan masa depan yang lebih cerah - bukan sekadar bangunan dan fasarana, tetapi masa depan yang berubah untuk ribuan peserta dari komuniti yang memerlukan.