"Satu Wakaf, Satu Infak ilmu dan kemahiran –
satu perubahan Jangka Panjang"
Code : TGN-HIEDP
Sasaran kutipan : Tiada Had (Infiniti)
The Giving Nation Development Fund dalam usaha untuk mengumpul dana bagi mewujudkan Pusat Tahfiz-TVET, sebuah inisiatif inovatif yang menyatukan kekuatan hafazan Al-Quran dengan latihan kemahiran teknikal dan vokasional.
Bayangkan seorang pelajar tahfiz daripada keluarga miskin—cemerlang menghafaz 30 juzuk Al-Quran, tetapi tiada hala tuju selepas tamat pengajian. Inilah realiti yang dihadapi ramai pelajar, yang meskipun berpotensi tinggi, terpaksa menempuh masa depan yang tidak menentu akibat kekurangan kemahiran dan peluang kerjaya.
Pusat ini diwujudkan untuk mengubah naratif tersebut. Pelajar bukan sahaja meneruskan hafazan Al-Quran, tetapi juga diberi latihan dalam bidang seperti pendawaian elektrik, jahitan, teknologi maklumat, penyaman udara, pertanian pintar dan banyak lagi. Gabungan spiritual dan teknikal ini melahirkan Huffaz Profesional yang berakhlak mulia, berdaya saing dan berdikari.
Latihan berstruktur dengan 70% praktikal dan 30% teori, disesuaikan mengikut kehendak industri. Mereka dibimbing untuk menjadi lebih daripada sekadar imam – tetapi juga sebagai juruteknik, usahawan dan agen perubahan masyarakat.
Sumbangan anda bakal menyediakan fasiliti latihan, bengkel moden, penginapan dan tenaga pengajar profesional.
Satu sumbangan anda, satu kehidupan diubah.
Mari bersama membina ummah yang berilmu, berkemahiran dan berdikari.